KUALA LUMPUR: Lebih 100 kenderaan dikesan dan dirakam melakukan kesalahan memandu di lorong kecemasan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Johor Bahru ke Putrajaya dari 10 pagi hingga 2 petang tadi.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya hari ini memaklumkan kesalahan itu dikesan melalui operasi pemantauan khas Tahun Baharu Cina 2023 yang dilaksanakan di lebuh raya berkenaan.
"JPJ ingin menegaskan bahawa kesalahan itu adalah antara tujuh kesalahan tidak boleh dikompaun dan akan terus didakwa ke mahkamah," menurut kenyataan itu.
Tujuh kesalahan itu ialah memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.
JPJ meminta orang ramai untuk mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan sepanjang musim perayaan ini bagi mengelak berlakunya kesesakan dan menjadi punca kemalangan maut di jalan raya.
Sebarang aduan kesalahan lalu lintas boleh disalurkan melalui menu e-Aduan@jpj menerusi Aplikasi MyJPJ atau aduan e-mel JPJ [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 21 2023
Kesalahan itu dikesan melalui pemantauan khas Tahun Baharu Cina 2023 yang dilaksanakan di Lebuhraya PLUS dari Johor Bahru ke Putrajaya. - Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
Suami isteri maut rempuh kenderaan rosak di lorong kecemasan
Dalam kejadian jam 11.05 pagi itu, mangsa berusia 36 dan 38 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
ANIH sahkan kejadian tanah mendap di LPT1
ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan tanah yang mengakibatkan rekahan jalan di kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 arah barat di Temerloh dekat sini, hari ini.
Lelaki maut langgar kereta berhenti di lorong kecemasan
Kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki berusia 32 tahun itu terlanggar belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan.
Lebih 100 kenderaan guna lorong kecemasan dalam tempoh empat jam
Kesalahan itu dikesan melalui pemantauan khas Tahun Baharu Cina 2023 yang dilaksanakan di Lebuhraya PLUS dari Johor Bahru ke Putrajaya.
Dua remaja maut motosikal rempuh lori rosak di lorong kecemasan
Dalam kejadian 11.30 malam itu, penunggang dan pembonceng berusia 18 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis siasat insiden penunggang motosikal memarahi pemandu kereta di lorong kecemasan
Polis sedang menyiasat insiden sekumpulan penunggang motosikal memarahi pemandu sebuah kereta di lorong kecemasan KM 370 Lebuhraya PLUS.
Hanya segelintir salah guna lorong kecemasan - Bukit Aman
Terdapat segelintir sahaja pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan sewaktu pemantauan di awal musim perayaan ini.
48 saman dikeluarkan di 'jalan New Zealand'
Kesalahan paling tinggi direkodkan adalah meletakkan kenderaan di lorong kecemasan untuk tujuan bergambar dan berkumpul.
Jangan berhenti di lorong kecemasan Jalan Temiang-Pantai - JPJ Negeri Sembilan
Tindakan memberhentikan kenderaan secara berkumpulan di lorong kecemasan adalah perbuatan tidak sepatutnya dilakukan.
"Berkonvoi tak salah, yang salah berhenti di lorong kecemasan..." - JPJ
Jangan terlalu ghairah berkonvoi sehingga mengabaikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain, pesan Jabatan Pengangkutan Jalan.